|
Rabu, 20 Sept. 2006 - GMM telah mencemar imej mahasiswa. Perbuatan GMM sewaktu konvokesyen UPM baru-baru ini telah mengguris hati mahasiswa UPM. Mana tidaknya, sewaktu penerimaan ijazah, seharusnya mahasiswa perlu menzahirkan perasaan sayang universiti, penghargaan kepada para pensyarah, rindukan kampus hijau.
Sebaliknya, ahli-ahli GMM yang sudah bergraduat seperti Tan Kar Hing (sedang bergraduat) dan Chang Lih Kang (sudah lama bergraduat), telah berlaku tidak sopan terhadap universiti.
Perbuatan mereka seolah-olah mereka amat berkuasa, tiada siapa yang boleh melawan mereka, malah jika boleh, Tuhan juga tidak boleh mengatasi mereka.
Pihak universiti telah menggugurkan beberapa dakwaan terhadap mereka. Sepatutnya mereka bersyukur dan tidak lagi mengulangi kesalahan, malah perlu lebih fokus pada ilmu pelajaran.
Akan tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya.
Sewaktu konvokesyen, mereka merentang kain dengan ayat; DAKWAAN DIBATAL MAHASISWA MENANG.
Apakah maksud ayat ini? Ya, GMM sedang mendabik dada. Tiada rasa bersyukur pun, malah memperlekehkan peluang baik yang diberikan oleh pihak universiti kepada mereka.
JAMIS UPM menyeru kepada semua mahasiswa (selain ahli GMM) agar tidak meniru perangi buruk ahli GMM dan sekutu mereka.
Difahamkan, wakil GAMIS juga turut berada di tempat kejadian.
Sila lihat pada gambar di bawah.
(Sila klik gambar untuk membesarkan imej)
|
|
Organisasi JAMIS UPM Jadi Sukarelawan JAMIS UPM Hantar Artikel kepada Editor JAMIS UPM
Kepada pengamal-pengamal blogspot, penulis-penulis artikel dan individu yang berminat, anda dipelawa untuk menghantarkan karya anda kepada Editor Blog JAMIS UPM. Karya anda mestilah asli. Sebarang karya yang menggunakan title seperti contoh; "Saudara Ahmad Tarmizi, Presiden Gamis" perlulah asli dan bukannya palsu. Sila hantarkan karya anda kepada; editor_jamisupm@yahoo.com.my |